DeHearty

DeHearty

Sunday, December 14, 2014

Those word....

Nak jawab ke x?
X jawab dosa...
Jawab je la....

Kenapa nampak senang sangat untuk mengungkapkan kata-kata itu...?
Betul ke apa yang diungkapkan menggambarkan apa yang dirasakan..?
Apa yang membuatkan nya untuk mengungkapkan kata- kata itu?
Nampak macam sangat menipu...
What to define those word..

Nota fikir: berfikir membuatkan aku lapor...mari cari makanan dulu...

Saturday, December 13, 2014

Mungkin.... Benar!!!

Mungkin...
Betul..
Aku perlu kembali....
Merangka kata-kata...
Semuanya si sini...
Meluahkan segalanya di sini..
Apa yang di dalam..
Apa yang di luar..
Dalam erti bicara...
Aku sahaja yang faham...

Di sini..
Apa yang xbisa ku nyatakan...
Apa yang xbisa ku luahkan...
Apa yang xbisa ku sebutkan...

Aku boleh....

Nota misteri: biarlah aku menjadi misteri pada diri sendiri...
Nota kosong:
makin dia senyap,
makin dia jauh,
makin dia xwujud....

Feeling lonely

Rasa sunyi mencengkam kalbu..
Mudahnya menyerah..
Tidak nmpk kesungguhannya..
Tidak rasa kehadirannya..
Tidak tahu kewujudannya...
Adakah ini hanyala satu mimpi..
Kenapa harus ada mimpi ini..
Bagaimana perlu menghadapinya..

Apakah ini satu kesilapan..
Bilakah ia akan berakhir...
Ke mana harus dituju...

Peluang sekali lagi...
Berapa byk peluang diperlukan...
Kalau sama aje...
Tiada perubahan...

Rasa kosong....
Tiada jawapan..
Dunia makin sakit...

Wednesday, November 12, 2014

Singa,tikus,ular, madu

SINGA, TIKUS, ULAR DAN LEBAH MADU
..
Suatu malam seorang lelaki bermimpi, di dalam mimpinya seekor singa mengejarnya. Lelaki itupun berlari sekuat hati ke sepohon pokok besar. Tanpa berlengah dia memanjat dan duduk di dahan paling tinggi..dia memandang ke bawah..singa tidak berganjak menantinya di bawah pokok itu..
Kemudian lelaki itu menoleh ke sebelah pada pangkal dahan itu ada dua ekor tikus...seekor putih dan seekor hitam.sedang mengelilingi  dahan tempatnya duduk dan menggigit dahan tersebut. Pasti! Tidak lama lagi dahan itu akan patah dan jatuh. Dalam keadaan cemas lelaki itu sempat menjeling ke bawah, bukan saja ada singa tapi juga seekor ular hitam yang besar sedang mengangakan mulutnya. Ular itu benar2 berada di bawah tempatnya duduk...andai kata dahan tempatnya berpaut patah sudah tentu dia akan terus masuk ke dalam mulut ular.
Di dalam kegelisahannya dia memandang ke atas,mencari kalau2 ada dahan yang lebih kukuh untuk dia berpaut. Tiba- tiba dia terpandang dahan di atas kepalanya ada sarang lebah madu yang penuh dengan madunya. Beberapa tetes madu menitis dari sarang itu, lelaki itu tertarik dan teringin untuk merasai madu itu. Dijelir lidahnya dan dapatlah dia merasai madu yang menetes dari sarang lebah itu.
Wau, sedap! Hatinya berbunga riang. Dia ingin menikmati lebih banyak lagi madu, semakin banyak ditelan semakin sedap hingga dia lupa pada bahaya yang sedang menantinya...
Kemanisan madu menyebabkan dia lupa pada dua ekor tikus yang sedang menggigit dahan tempatnya duduk. Pada ular besar yang sedang menanti untuk menelannya dan pada singa yang setia menantinya di bawah. Tiba- tiba dahan tempat duduknya patah. Pada ketika itu baru dia teringatkan bahaya yang sedang menantinya. Lelaki itu terjaga dari tidurnya...
Keesokan harinya dia bertemu dengan seorang alim untuk bertanyakan akan maksud mimpinya. Orang alim itu berkata, "Singa itu adalah kematian kamu. Ia akan sentiasa mengejarmu ke mana saja kamu pergi. Dua tikus hitam dan putih adalah siang dan malam. Hitam adalah malam. Putih adalah
siang yang sentiasa silih berganti menarikmu semakin hampir pada kematian. Ular hitam besar yang sedang mengangakan mulutnya adalah kubur kamu. Kubur yang sentiasa menantimu sampai tiba saatnya kamu dikebumikan.
Manakala sarang lebah itu adalah dunia dan kemanisan madu yang menetes itu adalah kemewahan dunia. Kita tertarik untuk menjamah sedikit kemewahan dunia dan ia amat menyeronokkan. Keseronokan kemewahan dunia menarik kita untuk merasanya lagi dan lagi. Akhirnya kita hanyut di dalam kemewahan serta kemanisan dunia. Kita lupa tentang masa yang berputar, kita lupa tentang kematian begitu hampir dan kita lupa tentang kubur yang menanti dan memanggil...
Jadikan cerita ini peringatan dan iktibar untuk kita menjadi yang lebih baik... Carilah dunia untuk kesinambungan kehidupan dan kejarlah akhirat untuk bekalan untuk bertemu-Nya ...

Friday, December 21, 2012

ok misi baru....

ok now i have new mision...
ak da merasa jd guru tadika..
kalau boleh sekarang ni aku nak try yang lain pula..
banyak betul la pe'el aku kan..
tapi nak buat macam mana..
bila hati ni mudah sangat berbolak balik..
masih lagi mencari apa yang aku mahu sebenarnya..
dan aku tidak suka bila di paksa-paksa..
mungkin aku ni tidak tahu bersyukur..
tapi bukan..

apala yang aku merapu ni kan
mesti tak ada siapa yang faham..
aku tak nak lah cerita dengan detail..
nanti timbul fitnah..aku gak yang berdosa..
memburuk-buruk kan suatu hal
yang sudah pasti kebenarannya...

aku suka kerja itu..
tapi bila banyak hal yang berlaku...
aku jadi berat..
jadi lebih baik aku berundur..
mencari yang lain
ceh macam nak tinggal kan laki...
hihihi...

baikla..sempena tahun baru ini yang akan tiba ini..
 aku nak bukak buku baru pula..

lupa la pula...
esok birthday tahun masihi aku...

happy birthday to me.. yeay
(sila sebut dgn nada yang sekata dan tanpa jeritan beserta riak  muka ini :| )

terima kasih mak kerana susah payah lahirkan diri ku ini..

pssst: tidak tahu bagaimana nak menjalankan kehidupan di dunia ini dengan normal...

Friday, September 28, 2012

sayang cikgu~~~

mggu lepas br je ckp xtau nak wat..
esoknya lepas ak taip post mggu lepas tu...
kaksu call..

aku: assalamualaikum ksu...
ksu: waalaikumusala. aza akak nak cakap sesuatu ni.
aku: haa ape die ksu?(suara pelik ape ler y ksu nak ckp nie)
ksu: macamni, aza ak tak jd cikgu tadika kat tempat arif dgn abby transit? tempt tu perlukan cikgu BM, Pn Yati tue dok pening kpale cr cikgu BM....kalu aza nak nnt bawak resume jumpa dgn Pn Yati.
aku: emmm..(berfikir sejenak) yeke ksu...nnt la aza pikir dulu, nnt klu aza nak aza pegi ek... terimas ksu bgtau....hehehe..

pastu blablabla. sembang benda2 rapek dgn ksu.

lepasa tue aku dok termenung kat bilik... pandang kipas..nak ke taknak....macam best gak jd cikgu tadika... mula la  berangan benda pelik yang aku sendiri pun xfaham.....


akhirnya. aku pun bt keputusan.. untuk jd CIKGU TADIKA!! hahaha....

pelik sey.....

pastu aku pun pegi la jupe Pn Yati...cakap2 cket.. blablabla...


Start ler ari senin tue...

mula-mula dtng je gabra la juga....
nak aja ape nak cakap ape...
aku xtau ler...
yela patutny yang ngajar tu kena ada diploma preschool
tp dgn tunjuk ajar Pn Yati dan Teacher Kamala....
sumenya jd senang...

Jd 1st time  bile aku dtg je sume bebudak tu ada kat dalam...

pastu ada ler budak2 budak tue cakap waa ade cikgu baru.... ada cikgu br la wei!!


arie senin tu diorng kena beratur dlm barisn nyanyi lagu2 kebangsaan,,ikrar...
(ahggg!!! SOOOO CUTE!!! rse nak cubit pipi sorang2..)
dgn pelatnya comey btol..
tp da mantap semuanya nyanyi..
yela nak dekat hujung tahun da mesti la da mantap semuanya..


hihihi..
Pn Yati pun bg speech siket.kenalkan aku kat diorng.

hihihi satu je yg buat aku tersenyum lebar....
budak2 tue cakap WAA...Cantiknya cikgu...!!
hahaha (jangan termuntah ya teman2)

byak lg nie nak cite..
mcm2 la gelagat diorng nie..
xkering gusi aku dibuatnya.

minggu pertama memang mcm2 yang diorng buat...

ada yang dok berlawan bapak sape yang lagi gemuk

Nurin Izzaty: bapak kite gemuk.. bapa korng tak gemuk..korang xde.a!

tiap2 hari mesti ada bibir kecil y cium pipi aku..dan cakap sayang cikgu...

kalu bab berlari,.adoii mahu semput aku ngejarnya....

ada yang diam.baik aja... tp kalu da jupe geng adoii..pening cakap xhenti..

ada yang bijak dan ada yang lemah siket...(yg nie aku harap aku bole mengajar diorng)

 dan byk lagi ragam2 budak budak ini..

(ada yang bila ditanya besar nak jd apa---->jd ketua gangster!! terbeliak mata aku!!)



k leh nnt i sambung agi



Oh lupa lak tadika yang aku ngajar tue namanya Tadika Cahaya Iltizam

nota tadika: indahnya jd kanak-kanak~~

Thursday, September 20, 2012

yang hebat~~

lalalalala...

hujan di luar tingkap..
sebagai pembuka bicara..
hadirnya seolah pemberi makna..

bicara soal kerja...
daku masih lagi bergoyang kaki sahaja
menunggu anggur yang masih belum berbuah..(letak dlm peti ais mmg ler)

bila fikir ke mana harus dituju..
tidak terjangkau dek fikiran

dalam mimpi

menjadi pegawai bank
menjadi penyiasat
menjadi peniaga
menjadi penjaga taska
menjadi semuanya..

semua itu  ku mahu..

yang mana satu harus dipilih agar kelak tidak tersalah langkah..?
dan pula ia sesuatu yang ku suka agar kelak dapat ku lakukannya dgn bersungguh dan tidak merungut di kemudian hari...

bicara pula tentang jodoh..
hmm..
hati ini masih lagi suci (ewah2 suci dalam debu tol)
ingin untuk bercinta tetapi dgn lelaki bergelar suami..
kerna ku rasa bercinta tanpa ikatan adalah mengundang bahaya..

kalau la ada yang datang melamar sekarang..
mungkin akan ku kata ya..
tidak payah pening kepala..
menjadi surinya sepanjang masa..
alangkah bahagianya..
senang aja syaratnya..
ku kenakan satu hanya..
lelaki yang beriman hendaknya~~

hmm.. tp di atas hanya angan sahaja..
sapa la yang mahu daku dan sedar akan kewujudan ku..
hanya ada kat rumah tidak kemana, nampak sibuk tp sebenarnya duduk mendagu..
mahunya aku yang beriman tapi aku sendiri biasa-biasa aja dan banyak kurangnya....



nota penting: mak kata, ada ke org nak kan aku? huhu tercucuk hati manusuk kalbu, sedih pula rasanya... tp kembali pulih bila mak mendoakan daku mendapat suami yang beriman, berharta, dan yang terhebat.. Amin... moga dapat hendaknya.. kalau tak hebat di mata dunia, biarlah hebat di mataku.. HEBAT!! (terngiang-ngiang lagu 'oh, mama..saya mahu kawen...lalala')