DeHearty

DeHearty

Thursday, September 20, 2012

yang hebat~~

lalalalala...

hujan di luar tingkap..
sebagai pembuka bicara..
hadirnya seolah pemberi makna..

bicara soal kerja...
daku masih lagi bergoyang kaki sahaja
menunggu anggur yang masih belum berbuah..(letak dlm peti ais mmg ler)

bila fikir ke mana harus dituju..
tidak terjangkau dek fikiran

dalam mimpi

menjadi pegawai bank
menjadi penyiasat
menjadi peniaga
menjadi penjaga taska
menjadi semuanya..

semua itu  ku mahu..

yang mana satu harus dipilih agar kelak tidak tersalah langkah..?
dan pula ia sesuatu yang ku suka agar kelak dapat ku lakukannya dgn bersungguh dan tidak merungut di kemudian hari...

bicara pula tentang jodoh..
hmm..
hati ini masih lagi suci (ewah2 suci dalam debu tol)
ingin untuk bercinta tetapi dgn lelaki bergelar suami..
kerna ku rasa bercinta tanpa ikatan adalah mengundang bahaya..

kalau la ada yang datang melamar sekarang..
mungkin akan ku kata ya..
tidak payah pening kepala..
menjadi surinya sepanjang masa..
alangkah bahagianya..
senang aja syaratnya..
ku kenakan satu hanya..
lelaki yang beriman hendaknya~~

hmm.. tp di atas hanya angan sahaja..
sapa la yang mahu daku dan sedar akan kewujudan ku..
hanya ada kat rumah tidak kemana, nampak sibuk tp sebenarnya duduk mendagu..
mahunya aku yang beriman tapi aku sendiri biasa-biasa aja dan banyak kurangnya....



nota penting: mak kata, ada ke org nak kan aku? huhu tercucuk hati manusuk kalbu, sedih pula rasanya... tp kembali pulih bila mak mendoakan daku mendapat suami yang beriman, berharta, dan yang terhebat.. Amin... moga dapat hendaknya.. kalau tak hebat di mata dunia, biarlah hebat di mataku.. HEBAT!! (terngiang-ngiang lagu 'oh, mama..saya mahu kawen...lalala')



No comments:

Post a Comment